KWSP 2.0: Info Terkini Mengenai Pengeluaran KWSP 2.0 Bersasar

 


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memeterai usahasama dengan Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) hari ini untuk memberi sokongan terhadap tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 Secara Bersasar.

Usahasama itu dimeterai di dalam pertemuan diaantara PGIRM yang diwakili oleh Timbalan Presidennya iaitu Mohammad Farhan Jailani dan 4PM diwakili oleh Presidennya iaitu Rosland Md Arif.

Menerusi satu kenyataan media, Presiden PGIRM iaitu Azmi Mohd Tahir, berkata ketika pertemuan itu bahawa 4PM dan PGIRM membincangkan permasalahan rakyat secara tuntas.

"Jelas melalui Kes-Kes dan juga Aduan-Aduan yang diterima oleh 4PM mengenai masalah hutang yang tertunggak, kesusahan, dan juga taraf ekonomi rakyat yang teruk adalah sangat tinggi terutama di era pasca pandemik.

"Ini secara terang menunjukkan bahawa sebahagian daripada rakyat berada dalam keadaan yang amat menekan emosi. Ramai hidup didalam keadaan yang agak tertekan kerana dibelenggu oleh hutang yang tertunggak dan juga kos sara hidup yang terus meningkat.

"PGIRM dan 4PM akan Bersama-sama untuk terus merayu kepada pihak kerajaan untuk memastikan suara rakyat, khususnya Pencarum KWSP didengari dalam menuntut pengeluaran wang mereka sendiri untuk menyelesaikan masalah hutang, taraf hidup, dan membaiki ekonomi" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 4PM juga sudah menyatakan komitmen untuk menolong untuk mengetengahkan tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar itu menerusi saluran yang mereka ada.

"PGIRM dan 4PM percaya bahawa kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendengar suara rakyat yang berada dalam kesusahan," katanya.

Sebelum ini, PGIRM telah membuat serahan memorandum mengenai tuntutan itu kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin pada 19 Disember lalu di hadapan Bangunan Parlimen bersama Wakil Pencarum.


Sumber: Berita Harian

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url